^ ^

Wednesday, May 30, 2012

Mari membuat popia kecik.

Sebenarnya saya buat popia ni raya tahun lepas. hehe. Saje nak share. Jom, buat!.

Mula-mula sekali mestilah kena ada bahan-bahan dulu.




Kulit popia yg dipotong kecil-kecil. Boleh didapati di pasar raya.


Inti untuk popia. Saya menggunakan sambal ikan a.k.a serunding ikan. Boleh didapati di pasar juga tetapi yang ini asli buatan ibu saya. hehe.


Telur. Dipecahkan ke dalam mangkuk. Digunakan bagi tujuan meng'gam'. Boleh digantikan dengan air putih sahaja. :)

Ok, itu sahaja bahan-bahannya. Now, cara-cara membuat.




Mula-mula letakkan sedikit sambal di atas kulit popia.




Lipatkan bahagian bawah.


Kemaskan bahagian tepi.


Kemudian gulungkan. Letakkan telur untuk memastikan gulungan tidak terbuka.


SIAP!!!

 Kemudian gorengkan sehingga rangup. hehe. Lupa nak snap pic yg dah siap goreng. Senang je kan? Boleh cuba buat untuk raya nanti. :)



cik batu: Harap-harap saya rajin untuk buat lagi raya nanti.