^ ^

Wednesday, May 30, 2012

Mari membuat popia kecik.

Sebenarnya saya buat popia ni raya tahun lepas. hehe. Saje nak share. Jom, buat!.

Mula-mula sekali mestilah kena ada bahan-bahan dulu.




Kulit popia yg dipotong kecil-kecil. Boleh didapati di pasar raya.


Inti untuk popia. Saya menggunakan sambal ikan a.k.a serunding ikan. Boleh didapati di pasar juga tetapi yang ini asli buatan ibu saya. hehe.


Telur. Dipecahkan ke dalam mangkuk. Digunakan bagi tujuan meng'gam'. Boleh digantikan dengan air putih sahaja. :)

Ok, itu sahaja bahan-bahannya. Now, cara-cara membuat.




Mula-mula letakkan sedikit sambal di atas kulit popia.




Lipatkan bahagian bawah.


Kemaskan bahagian tepi.


Kemudian gulungkan. Letakkan telur untuk memastikan gulungan tidak terbuka.


SIAP!!!

 Kemudian gorengkan sehingga rangup. hehe. Lupa nak snap pic yg dah siap goreng. Senang je kan? Boleh cuba buat untuk raya nanti. :)



cik batu: Harap-harap saya rajin untuk buat lagi raya nanti.

Monday, May 28, 2012

saya athlete memanah SUKMUM ^_^

Assalamualaikum.. (=

Konon-konon saje nak ikut kawan masa selection untuk Archery SUKMUM. Kebetulan kawan i.e Fasha adalah Manager untuk Archery. Aku yang tak pernah pegang benda alah tu ikut serta. Sape tahu aku boleh terpilih kan? Rezeki. :)


Aku amik panah yg paling ringan. Hehe. sesuai ngan berat badan la kan?


Semua yg pegi selection tu. hehe. Gambar ni masuk page lagi taw.

Cekidout kat page ni. Star Arcery Sdn. Bhd. Kat Album Awesome Archers At Stars Archery Times Square up to 28/10/2011. Bangga sangat la tu ? HAHA.

Beberapa hari kemudian saya mendapat mesej daripada Pengurus pasukan bahawasanya saya terpilih. Wah ! Lompat-lopmpat katil kesukaan lah ! Tak sangka langsung boleh terpilih. Dengan itu, secara rasminya saya menjadi athlete SUKMUM bagi acara memanah untuk Kolej Kediaman Kinabalu. Ingatkan tak jadi athlete dah tahun ni.

Oleh kerana saya athlete, maka terpaksalah saya menghadiri Kem Atlet anjuran Kolej Kediaman Kinabalu yang diwajibkan untuk semua atlet. Walaupun masa tu merupakan cuti midsem dan Hari Raya haji, terpaksa dikorbankan demi kolej terchenta. Chewah.


Latihan masa Kem Atlet juga dijalankan di sini. Dengan menggunakan duit sendiri. Diulangi, DUIT SENDIRI! Tak puas hati sebenarnya sebab kolej cakap boleh claim, tapi sampai sekarang tak dapat-dapat claim tu. BURN la citer dye.



En. Kyu yg profesional mengajar saya. Hehe.


Maaf, yang ni bukan saya yg buat. saya masih amatur. Yg ni Kyu punye kalau tak silap. Terer seyh!


Semua atlet pakai spek nampaknya. Ye, dalam acara memanah, ketepatan itu penting.


Jangan lupa pakai menda lah ni.*tak tahu apa nama dye. Untuk keselamatan.




Yang ni saje je. Sebab cantik. Hehe.



Okay, dah pro nampaknya setelah belajar. hehe.


Juga pemain yg pro. En.Refdi.


Sebelum pulang sempat bergambar. Perasan tak takde anak panah? HAHA.

Selain membuat latihan untuk pasukan sendiri, kami juga mengikuti aktiviti-aktiviti lain semasa Kem Atlet. Antaranya ialah jogging pagi, Aerobik dan lain-lain lagi. Acara kemuncak ialah Malam Perasmian Penutup. Pada malam itu, kami dikehendaki membuat persembahan.

Untuk persembahan, kami diberi tema yang berlainan untuk setiap kumpulan. Ahli kumpulan saya dikehendaki membuat iklan. So, kami memilih untuk membuat iklan racun perosak.


Ini adalah nyamuk yg dilukis oleh Athirah. So adorable. HAHA.

Cerita iklan kami adalah begini.

******

Seorang pensyarah (Athirah) sedang mengajar di dalam kelas. Murid murid (Lyna dll) sedang tekun belajar. Tiba-tiba konsentrasi mereka terganggu oleh dua ekor nyamuk(me and refdi.). Seorang pelajar bertindak menyembur racun serangga Jenama X. Namun usahanya tidak berhasil kerana nyamuk tersebut hanya pening-pening nyamuk dan kemudian kembali menyerang. Akhirnya keadaan huru-hara itu reda apabila pensyarah sendiri mengeluarkan racun perosak yang berkualiti.

******
HAHA. Tak leh blah kan citer dia? Kami sengaja letakkan sikit unsur-unsur komedi supaya iklan itu lebih menarik.



Inilah ibu dan bapak nyamuk.


Oh! Aku ada cakap Kem Atlet tu masa cuti kan? There's 1 more fact aku tak bagitahu. Hehe. Aku telah seludup dua orang anak buah masuk hostel ketika itu. Hehek. Oleh kerana mereka jarang dapat peluang untuk datang KL, so aku bawak diorang jalan-jalan i-city.


Suka betol dorang main. Hehe. Jarang-jarang datang. Takpelah. Ok, ini sekadar cerita tambahan. :)


Setelah tamat kem Atlet, maka bermulalah Sukan Mahasiswa Universiti Malaya a.k.a SUKMUM. Bagi pasukan memanah, pertandingan telah diadakan pada 10 Dec 2011. Setiap pasukan akan bertanding dengan satu pasukan lain. Kalau kalah dikira kalah mati. (Sebenarnya ada jadual perlawanan tapi tak ikut. Demn!). Kami kurang bernasib baik kerana melawan atlet dari Kolej 11 yang semuanya terdiri daripada pemain MASUM sejak dari awal. So,kalah mati. Sanagat mengecewakan walaupun aku telah bermain dengan baik pada hari tersebut. Takpe, lain kali cuba lagi. *Smile*




Ahli pasukan perempuan bersama manager selepas pertandingan. Kami tetap happy walaupun kalah. :)


Ahli pasukan lelaki serta Manager.


Kami semua.


Setelah tamat SUKMUM, pihak kolej telah mengadakan jamuan bagi menghargai jasa semua atlet yg telah mengharumkan nama kolej dalam pelbagai bidang.




Bergambar kenangan semasa jamuan. Kolej Kediaman Kinabalu(8) telah mendapat tempat ke-5 untuk keseluruhan. Semoga kami lebih cemerlang pada tahun-tahun akan datang. *peace*




cik batu: tak tahu tahun depan jadi atlet lagi atau tak.