^ ^

Saturday, March 31, 2012

1 Semester of Seni Halus

Assalamualaikum...

Sebagai warga UM,aku diwajibkan untuk mengambil satu subjek ko-kurikulum bagi memenuhi syarat untuk graduate. Jadi,sem lepas iaitu sem 3 aku dan kawan-kawan telah memilih subjek Seni Halus sebagai subjek ko-kurikulum kitorang. Banyak lagi subjek lain sebenarnya, sebab musabab kena kami memilih subjek ini adalah sangat misteri.

oleh kerana memilih subjek ini, jadi bermakna kami terpaksa melukis lahhh sepanjang satu sem,2 jam kredit seminggu. Okay,jom layan lukisan aku. ZASSSSSSSSSSSSSS!!


Rasenye yang ni lukisan pertama yang aku buat. Lecturer suruh keluar kelas then lukis ape-ape aje yang korang nak lukis. Aku dah lukis yang ni tapi tak puas hati. Lantas aku mengambil sehelai daun kering lalu cuba melukisnya. Haha. Ayat tak leh blah.


Ini la daun kering yang aku lukis tu. Tapi tetap tak puas hati. Bajet pelukis profesional ke nak lukis lawa-lawa? Dah tu je yang mampu. At last, lukisan yang atas tu jugak aku hantar kat lecturer. Buang masa jek !


Next kelas, lecturer bagi sorang satu daun/pokok aku tak pasti. Ini pokok yang aku pilih.



Ok, jangan cakap aku bangang. Aku kenal ini adalah sejenis ulam yang diberi nama pucuk pegaga. Hehe. Adakah ia sejenis pokok? Oh, itu tidak penting.

Then,bermulalah sesi melukis. Kami disuruh melukis "pokok" tersebut dalam dua cara. First, cerai-ceraikan bahagian pokok tersebut. Second, lukis pokok secara keseluruhan. Macam mane aku hasilkan lukisan pegaga? Hehe..




Haaaa.. sebijik kan aku lukis? Tang daun yang cerai tu aku tekap je sebenarnya. Susah sangat nak lukis. Errr,,,sebenarnya daun tu susah ke aku yang tak pandai lukis? Hehe

Tu yang aku lukis. Orang lain lukis camane pulak ?


Yang ni pun sebijik jugak kan? Kalau tak silap ni lukisan Pauww. Haha. Bukan aku sorang je yang guna teknik tekap. Thehee..

Kelas yang seterusnya lebih mencabar. Kami disuruh melukis potret. Yang ni faberok aku sebenarnya walaupun tak pernah berjaya melukis dengan sempurna. Hehe. Kami disuruh melukis gambar rakan di sebelah. Rakan di sebelah saya adalah Huwaina !


Amik gamba dulu supaya senang nak lukis. Tak ada lah beliau kena mematung jadi model. Lagipun dia kna lukis potret orang lain jugak. Hehe.

Dah amik gambar then lukislahh.. Masa ni la nak tunjuk bakat masing-masing. Dan ini hasil lukisan aku !


Mak aihhh... Besar sangat mata dia. Maafkan saya Wayna !


Wayna versi tembam baru sama dengan lukisan saya. Haha. 

Itu saya lukis Wayna. nak tengok macamne orang lukis muka saya? Ok, Tadaaaaa !!


Muka cik batu versi masa depan. Hehe. Hasil sentuhan Apel.

Selain melukis dalam kelas,kami juga diberi task untuk lukis dalam sketch book. Katanya nak kutip bilaa kelas berakhir tapi sampai sudah tak de amik pun. Dan ini antara hasil yang saya lukis.


yang ini saya tolong lukiskan untuk Wayna. Sebab saya suka,so tak kisah. Hehe. Walaupun tak menjadi tapi still puas hati sebab buat sendiri. Modelnya daripada google. Hehe.

untuk sketch book saya, saya cuba lukis gambar model jalanan ni...



Cuba tengok gamba di bawah, ada persamaan tak ?


Tuannya kata tak sama. T_T. Saya memang tak reti. Maafkan saya. Jadi, saya merasa malu jika lecturer tengok lukisan saya yang ini. (Update kat blog tak malu pulak.)

Kemudian saya cuba melukis gambar yang seterusnya. Kali ini modelny adalah adik saya sendiri.


Oh! Kesian adik. Mulutnya senget. Haih ! Memang saya tak berbakat lah. Muka adik yang sebenar dalam gambar ni adalah yang sebelah kanan tu. hehe.

Dah habis cabaran melukis potret, minggu seterusnya kami mula bermain dengan warna. Ini adalah kali pertama kami diwajibbkan mewarna lukisan. Task yang pertama adalah ini.


ye, kami disuruh melukis dan warnakan benda ni.


Komen? Ehm.. bolehlahhh...

Yang tu kira ok la kan ? Yang next ni yang paling kelakar aku rasa. Haaha. Aku paling tak suka yang ni. Terasa sangat terpaksa siapkan task ni.


Sayur? Ada ke patut dia suruh lukis sayur. Ish. Macamne? tak reti laaaaa. Ni kalau balik masak lagi bagus. Tahu la jugak ape nak buat dengan sume ni.


Tengok, nampak tak lukisan tak ikhlas tu ? Hahahaaha.. Kawan-kawan pun gelakkan lukisan aku. Aku selamba je. Haha. Kemain banyak benda dia letak dalam dulang. Aku lukis ni je.

Dah habis pasal sayur ni,kiranye kelas dah dekat dengan penghujung dah. Masa ni kami dah disuruh beli kanvas dengan Acrylic paint untuk our final projek which is Pameran Ko-kurikulum. Kami diberi masa beberapa minggu untuk siapkan lukisan on canvas. Tapi masa ni aku and the gang belum beli canvas and paint lagi. So, kami melukis atas drawing block macam biasa lagi. Sedang mencari-cari idea untuk lukisan apa bakal dilukis atas canvas nanti. And tak tahu macam mane I come out with this.


Ape korang pikir bila nampak lukisan ni? Haha. Lukisan sekolah rendah kan? Gunung, sawah padi dam matahari celah bukit. So memorial ! One thing yang aku paling suka pasal lukisan ni adalah i was using Luna Colour pencil then basahkan dengan air. hasilnya ohsem kan? Dah lama guna Luna tak pernah cuba cara ni. Haha. I like it so much.

Tapi even aku suka pun, takkan la nak lukis macam ni untuk kanvas kan? Untuk pameran kott. Agak-agak der... So, this is my painting for the pameran. My first canvas Painting ever..


Aku namakan lukisan ni "Bloody Glory". Tak tahu kenapa aku bagi nama macam tu. Sebenarnya aku suka dengan word Bloody tu sebab lukisan ni an ada conteng-conteng warna merah tuu.. hehe. Oh! ada sedikit kecacatan pada lukisan tu. Ye, aku nampak tapi malas nak betulkan. Orang lain bukan main nak perfect,tapi aku ? Cincai je ! haha. Typical me.


Dah siap Canvas Painting means kelas pun dah berakhir lahh.. So, it's Pameran time ! Hehe. cekidout!


Sume lukisan ohsem kan? Aku sangat jeles dengan talent mereka !


Sempat bergambar kenangan bersama lukisanku. Hehe.


Ops ! One more thing. Lupa nak mention. For the pameran, kami juga disuruh menghasilkan satu arca daripada dawai. Nampak tak ada 5 arca atas meja tu? Ours is yang paling kecik sebelah kanan tu.. Haha. comelll..

Overall,aku rasa kelas ni okayy aje laa.. Tak dapat ilmu baru sangat sebab lecturer tak ajar secara detail cara-cara untuk melukis, mewarna dan sebagainya. Kami bergantung kepada bakat semulajadi, tutorial daripada Youtube, Google dan sebagainya. Apa-apa pun ianya tetap kenangan yang manis. hehe.  Nasib baik satu sem je amik.



cik batu : panjang sangat ke entry ni? Hehe

No comments: